Ahad, 18 Disember 2011

cikgu matematik...

Assalamualaikum anak-anak murid sume! Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. :senyum:. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita bermula okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? Aaa, kat mana-mana je pun boleh. Rukun pun sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;
Solat sendirian = RM1,
Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari;

Sehari;
5 kali X RM1 = RM5,
5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng:). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. :senyum:. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;
30 hari X RM5 = RM150
30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. :senyum:. Siapa la yang nak gaji kecik?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;

Setahun;
12 bulan X RM150 = RM1,800
12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? :senyum:..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dsb. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je ke.. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh, ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! MasyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :)
Share this topic on Facebook

Selasa, 25 Oktober 2011

adakah yang akan mendoakan kita??

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang mayat

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.
..........................................................................................
Kuasa Doa
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan,

''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih

Ahad, 23 Oktober 2011

sakaratul maut


~Sakaratul Maut~

“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu !”

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al-An’am 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang berkenaan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawanya secara kasar.

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati.

Namun demikian rasa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.

Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan,dan bertamu kerumah Nabi Idris.

“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,

“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.

Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

“Subhanallah, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.

“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s.

Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau tertanya-tanya tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.

“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.

“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.

“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

“Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris masih terpinga-pinga, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.

“Aku ada hajat kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s

“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.

“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.

“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengkabulkan permintaan Nabi Idris a.s.

Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya.

Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail. “Seribu kali lebih sakit dari binatang yang dicabut kulit hidup-hidup”. Jawab Nabi Idris a.s.

“Itu caraku yang paling lemah lembut,kulakukan terhadapmu”, kata Malaikat Izrail.

Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s.

Bagaimana pula sakaratul maut kita? adakah kita di kalangan orang soleh atau sebaliknya?

kata-kata mutiara

Kuminta kepada ALLAH setangkai bunga segar tetapi diberi-Nya kaktus yang berduri. Kuminta kepada-Nya kupu-kupu tetapi diberi-Nya ulat yang berbulu. Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat pula bertukar menjadi kupu-kupu, cantik sekali. Begitulah jalan ALLAH, sentiasa hadir pada masanya. ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan. Terkadang kita sering resah dan kecewa tetapi di sebaliknya ALLAH telah mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita..."

Ahad, 9 Oktober 2011

surah al-a'raaf 179

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (QS. AL A'RAAF:179)

surah al-ikhlas 1-4

katakanlah:'Dialah ALLAH,Yang Maha Esa".ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNYA segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.Dan tidak ada seseorang pun yang setara denganNYA..(AL-IKHLAS 1-4)

Rabu, 5 Oktober 2011

jangan kau sombong

*"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA "

*''Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR

*''Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM"
... ...
*"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK "

*"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH"

*"Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH",,

Isnin, 3 Oktober 2011

jauhi 15 bahaya lidah yang boleh mencampakkan seseorang ke neraka

Jauhi 15 Bahaya Lidah Yang Boleh Mencampakkan Seseorang Ke Neraka Jahanam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat (kesan) yang besar iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Jika digunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka. Nabi SAW pernah memberi isyarak kepada sahabat bahawa dua anggota manusia yang banyak membawa ke neraka iaitu lidah dan kemaluan.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi SAW bersabda kepada Mu'az bin Jabal sambil memegang lidahnya yang bermaksud : "Engkau wajib menahan ini. Maka aku berkata, ya Rasulullah, kami sentiasa mengotakan apa yang kami kata. Nabi berkata, 'ibumu telah kehilangan engkau, wahai Mu'az. Bukanlah manusia di bantingkan muka mereka ke dalam neraka disebabkan angkara lidah mereka?". (Hadis Riwayat Bukhari)l

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".

Terdapat 15 bahaya yang timbul akibat ucapan (lidah) yang membawa pelakunya ke neraka, perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu
Kedua : Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa)
Ketiga : Bercakap membuta tuli (tidak ikut hukum Islam dan bercakap tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya)
Kelima : Nyanyian
Keenam : Bergurau
Ketujuh : Mengejek atau memperolok-olokkan
Kelapan : Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
Kesembilan : Tidak mengambil undang-undang Allah SWT dalam memutuskan sesuatu perkara.
Kesepuluh : Mengumpat.
Kesebelas : Mengadu domba (menghasut)
Ketiga belas : Memuji
Keempat belas : Bersumpah setia kepada selain Allah
Kelima belas : Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ; "Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan." (Hadis Sahih Riwayat Muslim , no: 4816)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjaga lidah kita supaya sentiasa bercakap benar dan janganlah kita menyempang daripada jalan Allah SWT. Allah SWT sentiasa bersifat benar, begitu juga para rasul bersifat sidek. Mereka memperjuangkan agama yang benar (Islam) dan mengajak manusia kepada kebenaran.Mereka berjuang melupuskan segala pendustaan, kepalsuan dan kepura-puraan dalam hidup.Mereka memperjuangkan keadilan dan nilai kemanisan hidup berteraskan kebenaran.

Apabila kebenaran di abaikan maka muncullah manusia yang sentiasa menjadikan lidahnya sentiasa buat pendustaan amalan kehidupan seharian. Secara tidak langsung membawa kepada kemusnahan keamanan ummat manusia.Kebenaran tergambar pada sifat ikhlas, jujur dan didikasi.Benar pada niat dan kemahuan fikiran dan tindakkan dan benar pada kata-kata pernyataanya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikkan dan kebajikan itu membawa kepada Syurga. Seorang yang sentiasa berlaku benar, nescaya akan tercatat di sisinya Allah s.w.t sebagai sidek (org yg benar) dan sesungguhnya bohong membawa keburukkan dan keburukkan itu membawa ke neraka. Seseorang yang suka berbohong, nescaya tercatat disisi Allah SWT sebagai kazab(pembohong)''

Semoga kita semua patuh dan tunduk kepada semua yang disuruh-Nya dan sentiasa diredai-Nya di dunia dan akhirat dan dimasukan Allah SWT kedalan syurga-Nya.amin..

Ahad, 2 Oktober 2011

surah at-taubah ayat 24

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Surah At-Taubah: 24]

Sabtu, 1 Oktober 2011

ada apa dengan korea??

assalamualaikum semua..salam satu malaysia..hari ni saya akan membicarakan mengenai lagu korea pulak..hari ni tajuk utama dia k-pop..sekarang ni satu dunia tahu kan mengenai lagu k-pop..saya pun tahu pasal lagu korea ni..gelombang korea lah katakan..dari dramanya..ke filemya..dari filemnya..ke lagunya..dari lagunya ke pelakonnya..dari pelakonnya ke penyanyinya..ada-ada jer yang akan menarik perhatian kita mengenai mereka ini..tetapi..hari ini..saya dapat tahu satu kisah yang menyedihkan..mengenai kita...sebagai kaum hawa..di malaysia..baru-baru ni..satu kumpulan hot dari korea telah datang ke malaysia..mereka telah melawat dan sekaligus membuat konsert mereka..2 am..kenal tak??mari kita lihat pandangan mereka mengenai wanita di malaysia..




p/s..haa..amacam..kecewa tak??sebagai mereka yang beragama lain daripada kita..mereka sebenarnya memandang tinggi kepada agama kita..tetapi apa pula yang kita lakukan??wallahualam

19 tanda kematian yang mulia

Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh

MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad.
Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.
Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.

Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini.
Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)

Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”

Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin

makna sebuah kehidupan

Makna Sebuah Kehidupan...
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?
... Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?
Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.
Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.
Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?

Ahad, 25 September 2011

temuduga sebagai calon jenazah

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa sahaja

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil PMR, SPM, STPM atau apa-apa sijil
Anda tidak perlu bawa pingat , EMAS, PERAK, atau GANGSA
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan berkeras kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail..

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Khamis, 22 September 2011

aku bukan jin,syaitan atau malaikat

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... ( sedikit pengalaman & kajian )
Posted by Darul Manzil at 1:42 AM


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "maafkan saya...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..

Jumaat, 16 September 2011

kerana semangkuk bubur

Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?" Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak.
"Kenapa? Kau nak kahwin ke?" Adam menggeleng.
"Habis?"
"Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri."
"Memang sah kau ni buang tabiat." Damak tersenyum-senyum.
Mereka berdua baru sahaja selesai kuliah Fisiologi. Waktu lapang selama dua jam yang ada sebelum kuliah subjek seterusnya dimanfaatkan untuk sarapan walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 pagi. Di meja makan tersebut hanya mereka berdua.
"Okey, aku jawab." Damak akhirnya mengalah.
"Siapa?" Pantas Adam mengajukan soalannya semula. Wajah Damak dipandang tepat.
"Kau jangan nak buat gosip pulak. Ni contoh sahaja. Menjawab persoalan, bak kata orang." Damak meletakkan syarat.
"Okey, takde masalah. Manalah tahu calon kau sama dengan pilihan aku, sekarang jugak aku pegi melamar." ujar Adam sambil ketawa.
"Kalau dari batch kita, tak banyak choice. So, aku akan pilih Radin Rahmah."
Pelajar perubatan Malaysia tahun empat di Universiti Nil itu tidak ramai. Cuma dalam lingkungan 100 orang. Separuh adalah lelaki, menjadikan pilihan pelajar perempuan untuk dipilih Damak cuma 50 orang dan Radin Rahmah menjadi pilihannya.
"Sebab?" Soal Adam selanjutnya.
"Ya lah. Dia kan cantik, kuat agama, lemah lembut, sopan santun, bak kata kawan kita, Ikmal, ada class." jawab Damak selamba sambil menggayakan watak Ikmal dalam filem Syurga Cinta. Adam tergelak lagi.
"Kiranya pilihan kau mesti ada ciri-ciri tu la ek?" Damak mengangguk lagi. Kushari (sejenis makanan bangsa Mesir) di hadapannya sudah tinggal separuh.
"Kalau semua orang nak yang cantik, kuat agama macam kau nih, kesian la perempuan di luar sana yang buruk. Takde orang nak buat calon. Dah la buruk, minah bohsia pulak tuh." luah Adam.
"Habis, kau berani?" Cabar Damak.
"Lelaki, kalau suka berfoya-foya pun, nak kahwin mesti cari yang baik punya." sambungnya lagi.
"Kononnya."
"86.48% lelaki macam tuh." Damak melontarkan nombor secara rambang. Kemudian tergelak kecil.
"Ustaz aku dulu pesan, nak cari isteri, cari yang cantik."
"Walaupun akhlak buruk?" Soal Damak.
"Ya." Adam menjawab sepatah.
"Nak tahu sebab apa?" Soal Adam selanjutnya. Damak menceduk kushari sebelum menggangguk ingin tahu.
"Walaupun masa muda cantik, bila dah tua mesti kerepot kan?" Tanya Adam.
"Kalau ambik isteri cantik masa muda, masa tua nanti, sekurangnya dah menikmati kecantikan masa muda. Kalau masa kahwin dah hodoh, sampai mati kau sabar dengan kehodohannya tuh," Adam tergelak besar. Damak pun sama.
"Habis, apa hal pulak akhlak diabaikan?" Tanya Damak setelah ketawanya reda.
"Akhlak boleh diubah, muka kalau make-up macam mana pun, tetap hodoh." Adam gelak lagi.
"Sebenarnya ustaz aku gurau je tuh. Ciptaan Allah semuanya cantik, lawa. Cuma berbeza dari sudut pandang manusia. Bak kata Pemenang, cantik itu subjektif." Shawarma (juga sejenis makanan Arab, macam sandwich) di tangannya dihabiskan.
"Tapi dalam gurauan dia tu ada betulnya juga. Samada kita berani atau tak menyahut cabaran mengubah seorang perempuan."
"Kalau kau, confirm tak boleh. Cepat cair dengan perempuan comel. Dia panggil abang sikit, terus tak jadi nak tegur." Gurau Damak. Gelak besar dia.
"Tahu takpe," Adam hanya tersenyum. Dia memerhatikan pelajar-pelajar Arab di hadapannya yang sedang seronok berbual.
"Cumanya kalau kau nak yang cantik, kuat agama, lemah lembut, kau tu layak ke dapat jenis macam tu?" Soal Adam.
"Tak salah berharap kan?" Damak tersengih.
"Impian tak salah, tapi kena usaha juga. Mencari jodoh tak semestinya terhegeh-hegeh pergi mengorat. Ciri-ciri kau sebagai suami tu dah cukup ke belum. Orang kata, biar sekufu, biar ada kelas yang sama." hujah Adam.
"Seronok sembang." tegur satu suara dari belakang. Bahu Adam ditepuk. Sebungkus plastik berisi Tupperware diletak di atas meja.
"Eh, kau Bebe. Dari mana?" Soal Damak. Bebe mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Peluh di dahi dikesat dengan tisu di atas meja.
"Dari kuliah laa. Dari mana lagi? Ingat aku ponteng kuliah ke apa?"
"Tetiba je muncul. Ni apa?" Adam membuka ikatan plastik di hadapannya. Tupperware dikeluarkan.
"Wah, bubur kacang. Kau masak eh?"
"Takde ah. Akhawat yang masak. Kan ada parents yang datang sini, so dia orang masak bubur. Entah ape mimpi diorang, banyak yang lebih, diberinya kat aku. Mentang-mentang aku handsome." jelas Bebe.
Damak mengambil sudu lalu menjamah sedikit.
"Hampeh, dah lah cair, tawar plak tuh. Patut la dia bagi kat kau Bebe." Dia meneguk air masak di dalam gelas.
"Kalau tahu sape buat nih, aku terus reject jadi bini." sambung Damak. Kushari yang berbaki dicapai kembali.
"Radin Rahmah yang buat. Pergi complaint kat dia." jawab Bebe selamba sambil merampas shawarma dari tangan Adam.
Damak tersedak. Adam hanya gelak.
p/s..  Lelaki mencari isteri yang cantik, kuat agama, tapi bila tidak pandai masak ada kemungkinan direject kerana tidak cukup sempurna. Lelaki-lelaki sekalian, sudahkah kalian cukup sempurna untuk menjadi imam dalam bahtera rumah tangga wanita-wanita yang bakal menjadi isteri-isteri kamu kelak? Renung-renungkan.

Selasa, 13 September 2011

cuba anda bayangkan..heee

Cuba ANDA Bayangkan.....

Assalamualaikum,




Pernahkan Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:



Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah.

Tekan 1 untuk 'meminta'.

tekan 2 untuk 'mengucapkan syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.

Tekan 4 untuk 'permintaan lainya'.



atau... bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."



Atau, pernahkah Anda bayangkan bila saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat:

Tekan 1, Dengan Malaikat Mikail.

Tekan 2, Dengan Malaikan lainnya.

Tekan 3, Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat anda menunggu.

Tekan 4, Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,

Sila tunggu sampai Anda tiba di sini!!!"



Atau mungkin juga Anda mendengar ini:

"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Sila cuba lagi esok".





Atau....

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi".

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefonNya setiap saat!!!



Anda hanya perlu memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar Anda. Kerana bila Anda memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.



Ketika Anda memanggilNya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2: solat Subuh

4: solat Zuhur

4: solat Asar

3: solat Maghrib

4: solat Isya


Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini

28443483

2: solat Subuh

8: solat Dhuha

4: solat Zuhur

4: solat Asar

3: solat Maghrib

4: solat Isya

8: solah Tahajjud

atau lainnya

3: solat Witir



Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon Berjudul "Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul.



"Talian terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.....



Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tidak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!



Wallahuaalam

Isnin, 12 September 2011

setanggi syurga

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

assalamualaikum semua..lagu ni bertajuk setanggi syurga..nyanyian INTEAM..lagu merupakan lagu kegemaran den..mesti semua orang kata lagu ni lagu cinta jer kan..tapi cuba korang lihat betul-betul lirik lagu tu..lagu tu sebenarnya mempunyai maksud yang amat mendalam..kita kena hayati sebenar-benarnya lirik lagu ni..cinta kepadaNYA..cinta kepada ALLAH..satu hari nanti kita akan kembali kepadaNYA..apa pendapat anda kalau dosa-dosa yang kita lakukan selama ini berwarna??dan prang boleh lihat betapa gelap dan banyaknya dosa kita..mesti kita malu kan..??tetapi sebenarnya kawan-kawan sekalian..bagaimana pula degan pernyataan ini..ALLAH senantiasa berada bersama kita..memerhatikan kita..ALLAH tidak pernah tidur,..Dia tahu setiap apa yang kita lakukan..malu..semalu-malunya kita..sedangkan kalau ada orang boleh nampak dosa kita pun kita sudah malu..apatah lagi dengan ALLAH yang senantiasa memerhatikan kita..setiap detik dan waktu..malulah kita kepada ALLAH..kita terbangun dari tidur..kita bersyukur kepadaNYA..kerana DIA memelihara rahsia kita..Ya ALLAH..betapa aku senantiasa ingin mencintaiMU..Ya ALLAH izinkanlah aku,insan yang hina ini bercinta denganMU..kerana tiada cinta yang lebih suci selain cinta kepadaMU Ya Rabb..

Ahad, 11 September 2011

titipan ujian yang bererti

Sadaqallahul a’zim,”.
Al-Quran di tangannya ditutup perlahan-lahan, diciumnya dan diletakkan di tepi meja. Ditenung lama wajah lesu di hadapannya. Tangan yang separa pucat itu dijamahnya dan dibawa ke dalam genggaman eratnya..
“Abang, Maria tahu abang gembira kan dengar bacaan Maria. Walaupun tak sebaik bacaan abang, doakan Maria istiqamah dengannya.. Maria tahu, abang akan selalu sokong Maria. M...aria akan cuba untuk jadi isteri solehah seperti yang abang idamkan. Insyaallah, Maria janji Maria akan selalu perdengarkan untuk abang. Maria tahu abang rindukannya. Sama juga dengan Maria. Maria rindu untuk mendengar bacaan abang waktu Subuh.. Margia rindu untuk berimamkan abang..Maria rindu untuk dengar suara abang, Maria rindu… rindu sangat-sangat..” kata-katanya separuh berbisik itu tersekat-sekat.
Ditahan suara tangisnya di dalam hati. Dia tak mahu lagi menunjukkan rasa sedihnya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia tahu, lelaki yang berada di hadapannya ini tidak akan memberi respons apa-apa. Sudah seminggu, lelaki itu terbaring lesu dan tidak sedarkan diri. Selama seminggu ini jugalah, Maria seolah-olah bercakap-cakap sendirian di birai katil itu.
Padanya, biarlah apa orang nak kata, dia tahu, suaminya mendengar setiap bait kata-katanya itu. “Abang, Maria tunggu abang… Maria akan tunggu abang sampai bila-bila. Maria yakin, abang akan sedar tak lama lagi…Maria akan tunggu abang sebagaimana abang sabar menunggu Maria selama ni.” dia mengulangi kata-katanya itu, sambil mengucup lembut tangan kanan suaminya.
Dia masih ingat kata-katanya pada malam pertama saat mereka berdua selamat diijabkabulkan. “Abang, sejujurnya Maria nak abang faham keadaan Maria. Sebenarnya, Maria masih belum bersedia jadi isteri abang, Maria baru saja kehilangan papa…dan abang Long pula terpaksa balik US awal. Jadi, mungkin sebab ini perkahwinan ini terpaksa diawalkan.Tolong fahami Maria, dan Maria harap abang beri Maria masa ,” kata-katanya memang boleh ditafsir oleh Hakimi sendiri.
Maria mengahwininya atas dasar perjanjian arwah papanya dengan ibu bapanya. Dan dia tersepit dengan keadaan selepas pemergian papanya dan memaksanya untuk berkahwin dengan Hakimi. “Abang tunggu… abang akan tunggu Maria.” Jawapan Hakimi yang agak ‘innocent’ itu benar-benar buat dia rasa bersalah.
Dia tahu alasan yang diberikan kepada Hakimi yang membawa maksud untuk ‘tidak menyentuhnya’ itu keterlaluan.. Haruskah dia nyatakan yang dia tak mencintai lelaki itu, sedangkan dia sendiri yang menyatakan persetujuannya kepada Abang Long? Sebab apa pula dia menerima pernikahan ini? Sebab papa? Dan sebab apa pula dia tidak boleh menganggap Hakimi sebagai suami? Sebab Hakimi bukan ‘taste’ yang diingininya? Mungkin…
* * * * * * * * * * * *
Hakimi ditinggalkan bersama adiknya,Hafiz. Hafiz menasihatkan Maria untuk pulang berehat sementara dia ingin bersama abang kesayangannya. Pada petang itu, Maria pulang ke rumah. Rumahnya ibarat kapal karam itu seharusnya dikemas. Semenjak suaminya di hospital, dia langsung tidak mengambil berat tentang keadaan rumahnya.
Dua minggu cuti yang diambil sepenuh masa digunakannya untuk menemani suami tersayang. Foto perkahwinan di dinding bilik mereka direnung lama. Wajah suaminya yang segak berbaju Melayu di dalam foto itu diperhatikan. Dia tersenyum. Tersenyum mengenangkan pelbagai tanggapan dibuat terhadap suaminya, serta karenahnya bersama Hakimi kini berlegar dalam ingatannya.

Liza, rakan baiknya adalah pendengar setia mengenai cerita rumahtangga mereka.
“Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia tu berjiwa ustaz sangat. Kadang-kadang naik rimas aku.”
“Kata dia tu manager syarikat.. tapi jadi ustaz pulak ke?” Liza sengaja buat-buat tak faham.
“Maksud aku.. gaya dia tu macam gaya ustaz skema. Aku tengok family dia tu biasa je. Mungkin dia ni bekas sekolah agama agaknya. Sampai aku asyik kena berdas-das ‘peluru berpandu’ kat rumah”
“Maksudnya macam mana tu?”
“Dah lah, malas nak cakap ngan kau tau. Asyik tak faham je.” Liza tersengih melihat gelagat Maria yang memang takkan habis rajuknya.
Lelaki itu sangat baik padanya. Entah kenapa dia dulu tidak boleh mencintai Hakimi sebagaimana dia mencintai Adam, bekas kekasihnya suatu ketika dulu. Pada masa itu, dia asyik memikirkan perkara yang sama. Salahkah langkahnya kerana tidak meminta untuk melalui zaman percintaan bersama Hakimi sebelum melangsungkan pernikahan? Tetapi perkahwinan ini juga permintaan Hakimi.
Kami adakan sesi kenal-mengenal antara keluarga dan kemudiannya bertunang dan seterusnya berkahwin. Namun, semakin hari dia sedar Hakimi cuba mendekatinya. Semakin Hakimi mendekatinya, entah kenapa dia semakin kurang selesa. Perlukah dia ambil tahu semua tentang aku? Itulah persoalannya.
Setiap hari, kadang-kadang hatinya sakit bukan kepalang. Bukannya sakit kerana apa, Hakimi akan gelakkan apa sahaja tindakbalasnya kepada Hakimi. Kelakar sangat ke? Entahlah. Tapi, ceramah ‘peluru berpandu’ Hakimi memang betul-betul mengena dan lagi menyakitkan hati! Terutama setiap waktu pagi!
“Maria..bangun Maria. Kita jemaah sama-sama jom,” kedengaran Hakimi memanggil namanya. Dia sedar setiap pagi, Hakimi akan cuba macam mana cara pun untuk membangunkan dia dari tidur.
“Hakimi… kau ni dah kira melampau. Masa aku tidur pun nak kacau..Tau la orang suka bangun lambat.” rungutnya di dalam hati.
“Maria, bangun sayang….”
“Abang, nanti orang bangunlah… semalam orang balik lambat tau. Orang on call semalam.. abang bukan tak tahu. Eeiiiii…” Dia memekup mukanya dengan Beaver. Jam tangannya dikerling. Baru pukul 6.00pagi. Mamat ni bukannya nak cuba faham orang. Dia itu cukup tidur , tak apalah!
“Kejap saja kan kalau kita solat..Tak lama pun. nanti kalau tiba-tiba mati dalam tidur, camne?” sempat suami ‘kesayangannya’ itu mengusik.
“Ye la…ye la orang bangun ni.Kejam betul la pak ustaz ni.,” Beaver kesayangan yang dipeluknya dibaling ke muka Hakimi. Tergelak kecil Hakimi melihat telatah isterinya yang persis kanak-kanak. Mungkin sebab itu jugalah Hakimi suka mengusiknya. Dia faham isterinya masih lagi dalam tempoh housemanship dan bakal bergelar doktor tidak lama lagi.
Oleh sebab itu, dia membiasakan untuk membuat kerja rumah dengan sendiri tanpa ditemani isteri. Dia faham isterinya kepenatan bertugas di hospital.Tiada pergaduhan yang serius antara mereka, dan yang ada hanyalah usikan manja yang memang ‘menyakitkan hati’ bagi Maria tapi membahagiakan buat dirinya! Maria sedar, pada mulanya dia kurang senang apabila diajak berjemaah, ditambah pula dengan sesi usrah lepas solat sekiranya Hakimi tidak ke masjid. Itulah paling yang dibencinya dahulu.
Namun ajakan Hakimi secara lembut itu menyebabkan dia kalah.. dan akhirnya dikorbankan juga masa yang selalunya dahulu digunakan untuk ‘menelaah’ televisyen.
“Abang, can we just end it earlier…please..I wanna watch Hannah Montana The Movie, or else..” Dia terdiam. Tak tahu nak cakap apa lagi.
“Or else… you gonna die because of tak dapat tengok citer tu? Kan ada ulangan yang tu. Kita pun jarang jumpa kan.. malam you kadang-kadang ada syif malam, and siang pula kita kerja. Masa ni biar kita manfaatkan untuk kita rapatkan hubungan, dan sama-sama juga kita kenal Pencipta kita. Kan tu lebih baik kan?,”Akhirnya dia tewas di tangan Hakimi, dan hatinya yang ingin memberontak juga kalah apabila berhadapan insan bernama Syed Ahmad Hakimi.
Seolah-olah bersama Hakimi, semakin hari semakin dia menjadi tenang..kerana Hakimilah yang mengajarnya erti ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar dari seorang Pencipta! Bersama Hakimi, dia kenali erti redha terhadap ketentuanNya. Bersama Hakimi juga dia menjadi seorang yang lebih matang dan dewasa dalam meghadapi liku hidup di dunia. Hari-hari bersama Hakimi terus bermain di ingatan rindunya…. isk!isk! Dia cuba menahan tangisnya.
“Abang Long..Yaya nak Abang Long jugak…nak Abang Long jugak sekarang. Kenapa Allah mengambil papa terlalu cepat! Yaya betul-betul nak cakap dengan Abang Long sekarang…Yaya nak cakap dengan sapa lagi kalau bukan Abang Long! Kenapa abang Long tak angkat telefon ni…Yaya tak tau nak buat macam mana lagi..Yaya terlalu rindukan papa…,” hatinya separuh menjerit.
Tangannya sibuk mendail nombor Abang Longnya. Hakimi yang baru sampai masih tercegat di muka pintu, .. memandang isterinya yang agak lain macam pada hari itu.Tidak pernah dia melihat Maria menangis sebegitu teruk. Dia faham benar kini, isterinya yang merupakan anak tunggal perempuan itu memang terlalu lembut hatinya, walaupun dari luar, kelihatan seperti seorang doktor berkaliber dan berwawasan!
“Kenapa ni.. cakaplah dengan abang. .” Maria didekatinya, dan buat pertama kali itulah isterinya itu memeluknya dan menangis sepuas hati.
“Abang, …Maria dah sebabkan seorang pakcik tu mati.. I.. I really didn’t mean it… It just because I was late and tiba-tiba dia dah takde. I didn’t know why I become so emotional today . Isk..Isk. He is just like my papa… and I think again I just like losing my ….my papa…I don’t know, maybe I’m just missing him so much.. I really miss..hhim.. kenapa Allah ambil papa terlalu awal dari Maria… Maria rindukan papa sangat..Maria rasa Maria tak ada sesiapa lagi, Abang Long pula tak angkat telefon tadi…” Esak tangisnya semakin tidak dapat dikawal.
Hakimi faham, Maria terlalu manja, dan baginya selepas kehilangan ibu dan kemudian ayahnya, Abang Longnya itulah tempat dia mengadu segala masalah. Mungkin juga kerana tertekan dengan kerja, dia jadi begini.

“Shyyy… don’t talk like that anymore okay, you still have me. Apa guna abang jadi suami Maria kalau abang tak tahu untuk mendengar masalah Maria. Masalah Maria, masalah abang juga. Sedih Maria, sedih abang jugak. Abang tahu Maria masih tak dapat terima abang sepenuhnya lagi, tapi..susah senang biarlah kita bersama okay. One more thing, abang nak Maria faham tentang ni. Kita semua sebenarnya bukanlah dimiliki sesiapa. Kita adalah milikNya, kerana Dia adalah Tuan kita dan kita pula HambaNya. Dia berhak mengambil nyawa HambaNya. Jangan salahkan diri lagi. Maria rindukan papa kan Banyakkan berdoa untuk arwah papa dan mama, ingat..Doa seorang anak yang soleh, itu yang mereka perlukan dari kita yang hidup ini. Berdoalah seperti panduan Al-Quran,
Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Nanti kita tengok balik dalam Al-Quran okay. Jom kita solat sama-sama dulu ye” Air mata isterinya disapu perlahan-lahan sambil tangan kirinya megelus rambut Maria.
Jauh di sudut hatinya, dia sedar Hakimi terlalu jauh dibandingkan dengan dirinya. Hakimi tahu serba-serbi tentang agama, sedangkan dia masih jauh dari itu. Padanya dulu, agama itu cukup diketahui perkara-perkara basic saja..sudah cukup menjadikan dia seorang Muslim. Bersama Hakimi, ternyata dia merasakan terlalu banyak perkara yang belum diketahuinya.
Dia mula faham kaki itu juga aurat perempuan yang harus ditutup. Hakimi tidak pernah memarahinya tentang perkara yang belum dia tahu. Untuk menegur, Hakimi ada cara tersendiri. Hakimi akan memuji sekiranya dia memakai sarung kaki yang dibelinya,. Itulah Hakimi.Hakimi cukup pandai menjaga hatinya, sedangkan dia -kadang-kadang berkasar juga dengan Hakimi kerana kepenatan di hospital. Terkadang dia merasakan tidak layak sama sekali menjadi isteri kepada Syed Ahmad Hakimi.
Tapi, itulah jodoh agaknya, dan semakin hari tanpa dia sedar,cinta itu lahir dari hatinya! Tapi..adakah Hakimi terus bersamanya setelah mengetahui apa yang dialaminya kini. Masihkah Hakimi ingin bersamanya… Maria masih kurang pasti. Sebetulnya, perkara ini menjadi punca dia memarahi Hakimi pada hari terakhir sebelum Hakimi mengalami kemalangan.
* * * * * * * * * * * *
Sakit di bawah perutnya bukan kepalang. Dia tahu, waktu datang bulan macam ini bagaikan satu penderitaan baginya. Sejak belasan tahun lagi, dia mengalami masalah yang sama, senggugut yang serius. Beberapa bulan ini, dia sedar, waktu haidnya melebihi daripada biasa. Senggugutnya bukan lagi datang di awal bulan, malah bila-bila masa.
“Hei Maria, takkan la masa ‘houseman’ camni kau stress sampai period pun tak teratur. Apa kena dengan hormon kau ni?,” keluhnya pada diri sendiri.
Dia menghayun langkah ke Bahagian Gynecology. Appointment yang diaturkan dengan Dr Muhd harus dihadirinya untuk mengetahui apa masalahnya. Kata-kata Dr Muhd, dari bahagian Gynaecology bagai bunyi guruh yang memecahkan anak telinganya. Dia disahkan mengalami endometriosis. Endometriosis.
“Saya rasa awak pun tahu tentangnya. Apa yang merisaukan sekarang, awak mungkin sukar untuk mengandung.. apa yang kami dapat kenalpasti, pertumbuhan tisu endometrium di ovari awak sedikit serius. Awak mungkin harus dibedah untuk membuang ovarian cyst di kedua-dua ovari,” Dia amat jelas sekali tentang penyakit ini.
Simptom yang dirasakan tidak berapa teruk itu tidak langsung menyebabkan dia sendiri mengesyaki bahawa dia kini menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kemandulan dan keguguran itu. Walaupun tisu itu dibuang, penyakitnya tetap boleh berulang kembali. Itulah yang selalunya terjadi. Ya Allah, bagaimana harus aku beritahu Hakimi tentang ini? Di saat aku benar-benar bersedia ingin menghadiahkan diriku yang halal ini kepadanya… mengapa engkau uji aku seberat ini?
Maria pulang dengan mengatur langkah yang berat. Air matanya dikesat, dan bibirnya dipaksa untuk mengukir senyum untuk menyambut kepulangan Abang Long tersayang dari US. Abang Long berada di rumahnya tidak lama. Kali ini abang Long tidak berseorangan. Dia bersama Kak Long, Aisyah yang dinikahinya di US. Mereka berdua membawa berita gembira apabila mendapat tahu Kak Long kini berbadan dua. Kata orang tua-tua, bunting pelamin!
“Kak Long harap tak lama lagi dapat berita gembira dari Yaya pula.. Kitorang pun tak sangka, korang yang kahwin dulu.. ingatkan korang yang dapat timang baby dulu dari kitorang… betul-betul tak sangka, tapi inilah dikatakan rezeki. Tapi takpe, korang berdua masih muda lagi,” kata-kata Kak Long itu bagaikan ‘cili pedas’ yang terpaksa ditelannya.
Kalaulah mereka berdua tahu tentang dia dan Hakimi…… Dia masih terdiam. ” Belum ada rezeki Kak Long, tak lama lagi adalah tu.. Insyaallah. Kak Long tengoklah tak lama lagi,..manalah tahu berderet-deret tak lama lagi” kata Hakimi separuh bergurau itu mnyebabkan Abang Long dan Kak Long ketawa beriringan.
Mereka berdua memohon diri untuk ke rumah ibu bapa Kak Long setelah dua hari menginap di rumahnya. Hatinya sebetulnya sakit mendengar perbualan mereka tadi. Bagai api yang membara, wajah Hakimi direnungnya tajam.
“Abang sengaja perli Maria, cakap-cakap pasal baby kan? ,” dia bertanya di saat Hakimi sedang sibuk mengemas pakaian untuk outstation selama beberapa hari di Perak.
“Apa erti sebuah perkahwinan, kalau tiadanya cahaya mata sebagai penyeri hidup kita. Abang ingin nak kita ada ramai anak yang soleh dan solehah. Abang nak ajar mereka baca Quran sendiri, kita berjemaah ramai-ramai bersama-sama. Kan seronok tu? Kita bina rumahtangga Islami ni bersama-sama okay sayang? Abang tahu Maria belum bersedia untuk abang, tapi abang percaya Maria tak akan buat abang tunggu lama kan?,”
Hakimi…harapan dan cita-citamu terlalu tinggi. Sebolehnya aku juga mahu begitu tapi…
“Maria, kenapa sayang?” Mukanya yang muram itu menjadi tanda tanya pada Hakimi.
“Nothing. ,” Lambat dia menjawab. Tubuh sasa Hakimi mendekatinya dan jemarinya meyentuh bahu Maria.
“Please don’t touch me..” Keras dia menolak tangan Hakimi.
“I said, don’t touch me!,” buat pertama kali dia meninggikan suara di hadapan suaminya.
“Kenapa ni…,”
“Listen… Maria tak cintakan abang, dan tak akan mencintai abang. Maria tertekan hidup dengan abang..and if you really want to know, Maria cuma berpura-pura bahagia dengan abang..If abang nak teruskan impian besar abang tu, abang tinggalkan Maria.. abang kahwinlah dengan perempuan lain. Maria takkan kisah langsung.. and now I really need to be alone. Please leave me alone.. ,” segala perkataan dihamburkan keluar diiringi dengan tangisannya yang tidak dapat ditahannya lagi.
Dia tidak sangka sama sekali tekanan perasaannya selepas mengetahui berita buruk pada dua hari lepas itu benar-benar tidak dapat ditahannya lagi. Hakimi keluar dari bilik itu dengan wajah yang pilu. Bukan dia enggan memujuk Maria, tetapi ingin membiarkan kemarahan Maria itu reda. Mungkin masa ketiadaannya di rumah dapat membantu Maria memulihkan keadaannya.
Dia tahu, isterinya tertekan.. mungkin atas sebab tertentu. Maria belum pernah bertindak sekasar itu. Dan pada malam itu, tanpa disangka.. kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu terjadi…
* * * * * * * * * * * *
Pagi yang hening itu tidak sendirian. bertemankan sedu tangis yang mengetarkan. Tangan yang gementar itu diangkat perlahan-lahan. Mengangkat takbiratulihram. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia membaca doa iftitah. Diikuti dengan Al-Fatihah, dan surah Al-Insyirah. Dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba memilih surah itu. Dibacanya perlahan-lahan dan diamati isinya.
Fainnamaal usri yusro! ‘Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’. Air matanya menurun bagaikan hujan renyai, saat ayat itu dibaca. Solatnya diteruskan, dengan telekungnya basah. Basah dengan air mata yang tangisnya dari kemilau hati yang mengakui rasa berdosa… mengenangkan dosa-dosa semalam kepadaNya.. dosa-dosa kerana gagal menjadi isteri yang baik buat Hakimi, dosa-dosanya kerana enggan redha atas ujianNya….
Telefon bimbit milik Hakimi yang dibawa pulang dari hospital dicapainya. Dia membuka music player telefon bimbit suaminya. Lagu yang baru didengar siang tadi diputarkan kembali…

Wahai… pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Kupasrah semua padaMu….


tuhan…baruku sedar…
indah, nikmat sehari itu…
tak pandai aku bersyukur..
kini aku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar…
jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini Ya Ilahi Muhasabah cintaku… Diamati berkali-kali lirik lagu itu. Subhanallah, sungguh indah lagu itu. Air matanya mengalir laju tatkala sampai di bahagian chorusnya. Benarkah ujian yang dihadapinya kini boleh menjadi penawar dosanya selama ini? Soalan itu bermain-main di fikirannya. Benarkah ya Allah? Kau kuatkan lah aku…
Tatkala itu juga dia membuka kembali lembaran bertulis dari suaminya yang diselitkan bersama buku pemberiannya sebelum berangkat ke Perak tempoh hari.
Salam alaik… Maria sayang, maafkan abang andai abang yang menyebabkan Maria marah semalam. Sejujurnya dari hati yang ikhlas, abang sangat mencintaimu dan abang yakin Maria mampu menjadi isteri yang baik untuk abang.. Abang tahu, mungkin Maria kurang selesa dengan teguran abang kalau itu yang menyebabkan Maria tertekan selama ini. Perubahan Maria sedikit demi sedikit membahagiakan abang, dan abang dapat rasakan sebenarnya Maria turut merasakan yang sama. Abang bahagia selama ini, kerana Maria isteri yang patuh pada abang. Alhamdulillah, dan terima kasih sayang.. abang terlalu bahagia bersamamu.

Maria seharusnya faham kan, itulah tanggungjawab abang sebagai imam keluarga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat abang. Kalau abang tersalah, tegurlah abang.. kerana abang juga tidak sempurna sayang. Abang ingin bertemankan Maria, untuk menempuh hari yang cerah bersama, berlindung dari hujan dan mendung hitam bersama, dan bersama mengecapi indahnya sinar mawaddah dari Tuhan. Pada abang,itulah yang abang bayarkan untuk harga sebuah perkahwinan. Untuk kita belajar dan diajarkan, tentang realiti kehidupan dan perkongsian. Itulah baiti jannati…yang abang harapkan ditemani suara riang anak-anak kita kelak yang dibentuk dari acuan Islam. Dan abang tahu, Maria juga punya impian sama bukan? Abang akan terus doakan kebahagiaan kita berdua. Dan Maria takkan bagi abang tunggu lama lagi kan? Jaga diri selama ketiadaan abang okay. Maria bacalah buku ini.Anggaplah buku ini sebagai tanda permohonan maaf abang dari Maria.Wassalam. ,

suamimu,
Hakimi
Sedu tangisnya semakin dapat ditahan, semakin mengeras. Abang, maafkan Maria….ampunkan Maria abang kerana tidak melayan abang seperti suami. Maria tahu Maria yang sebenarnya yang bersalah. Ya, Maria mencintaimu sayang dan ingin menemani abang sampai bila-bila. Tapi, sanggupkah abang menerima Maria kalau Maria tidak dapat melahirkan cahaya mata impian kita? Sanggupkah abang terus bersama Maria kiranya hidup kita sepi tanpa zuriat.
Di kala abang diasak keluarga dan teman yang bertanyakan tentang cahaya mata, masihkah Maria di hatimu sayang?
“Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini, jadikanlah aku seorang insan yang redha atas ketentuan yang telah kau tetapkan dalam hidupku dan suamiku. Kau sembuhkanlah suamiku, kau panjangkanlah usianya..kau berikanlah aku peluang untuk berkhidmat sebagai isteri solehah buatnya. Jangan kau golongkan aku sebagai seorang isteri yang derhaka terhadap suamiku. Ya Allah izinkanlah aku untuk menebus kesalahanku padanya….bantulah hambaMu yang lemah ini ya Rahman…bantulah aku ya Rahim dalam mencapai maghfirah daan redhaMu..”
Buku pemberian suaminya “Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah” itu ditatapnya. Buku itu telahpun dikhatamnya saat menemani suaminya di hospital. Kini dia sedar, dia masih terlalu jauh dari itu…terlalu jauh. Berdosanya dia kerana tidak melayan Hakimi sebagai seorang suami Namun, dia akan tetap berusaha..berusaha untuk menjadi wanita solehah dan isteri solehah untuk suaminya.

“Setiap usaha kita dinilai oleh Allah. Allah tidak menilai hasilnya, tapi Allah melihat setiap langkah kita menuju ke arah kebaikan itu. Sebagaimana firman Allah ‘Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya,’.
Sememangnya susah untuk melakukan sesuatu yang baik, sebab itu perlunya istiqamah,”
Matanya dipejam, mengingati semula nasihat suaminya kepadanya suatu masa dulu.
“dan..sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikannya, diujinya dahulu dengan kesusahan. Itu dari hadis.” suara lunak suaminya seolah-olah kini membisikkan ke telinganya. Mungkin inilah dikatakan ujian untuk dirinya dan suaminya.
Dia yakin Allah membebaninya dengan ujian ini kerana dia boleh menghadapinya. Dia sepenuhnya yakin, Allah bersama membantunya. Itulah janjiMu yang tercatat jelas di kitab suci. Innamaal usri yusro. Bersama dengan janji Allah,dia bangkit berhadapan dengan hari yang mendatang!
* * * * * * * * * * * *
“Kak, abang kak…. dia dah sedar…,” Panggilan dari Hafiz pada awal pagi itu, menyebabkan dia menangis tanda kesyukuran. Segera dilakukan sujud syukur tanda terima kasihnya pada Tuhan yang tidak terhingga. Kunci kereta kemudian dicapai dan pantas dia memacu keretanya ke hospital. Kelihatan ibu dan ayah mentuanya telahpun berada di sana di luar bilik pesakit.
” Doktor mohon untuk memeriksanya terlebih dahulu. Jadi kena keluarlah sekejap,” ibu masih kelihatan risau.
” Ibu, ayah dan Hafiz tunggulah kat luar kejap. Biar Maria masuk tengok,” Dia tahu yang merawat Hakimi itu adalah rakan seniornya, Dr Nazirah. Pintu ditolaknya dan segera diaturkan langkah mendekati Dr Nazirah.
“Alhamdulillah, he is okay. Ingatan dia masih baik and he just need to rest within this few month,” Muka suaminya dipandang lama. Dia mengukir senyum dalam linangan air mata. Linangan air mata kecintaan dan kesyukuran. Senyumannya itu dibalas oleh suami kesayangannya.
Terima kasih ya Allah! Dipegang erat tangan Hakimi dan dikucupnya berkali-kali.
“Ampunkan Maria atas kesalahan Maria selama ini… maafkan Maria,”
“Jangan la nangis lagi…abang dah lama ampunkan Maria sayang. Jangan sedih-sedih lagi. Isteri abang tak comel la kalau menangis selalu,” sempat Hakimi mengusik isteri kesayangannya. Ibu, ayah dan Hafiz kemudiannya masuk. Semuanya menangis, dan berpelukan dengan Hakimi kerana terlalu gembira.
Ya Allah, terlalu besar kuasaMu sehingga aku berasa diri ini terlalu kerdil! Ucapan syukur Maria tidak putus-putus.
* * * * * * * * * * * *
Hari berganti hari, kebahagiaan semakin dirasai umpama pengantin baru bagi mereka berdua. Jauh di sudut hati Maria, hatinya masih resah kerana masih menyimpan rahsia itu. Apakah harus dia beritahu sekarang?
“Abang, boleh Maria cakap sesuatu?” Dia nekad untuk memberitahu Hakimi tentang .berita buruk itu pada malam bahagia mereka berdua. Ya Allah, kuatkanlah aku! Aku rela sahaja mendengar apa sahaja keputusannya…walaupun aku mungkin diceraikan!
“Abang, Maria sebenarnya sakit… Maria sakit…dan Maria mungkin tak dapat beri zuriat untuk ab…,” Air matanya gugur serta-merta tanpa sempat menyudahkan kata..
“Maafkan, Maria..” Air matanya mengalir laju tidak dapat disekanya lagi. Riak wajah Hakimi sedikit berubah. Dia diam tanpa reaksi.
“Maria redha kalau abang bernikah lagi, dan Maria juga redha kalau abang berhasrat untuk meceraikan Maria,” Malam yang bahagia buat mereka bertukar menjadi sayu. Dia faham, itu kejutan buruk buat Hakimi.
“Astaghfirullah, Maria. Jangan kata macam itu. Abang hanya mencintai Maria, sayang. Pandang muka abang sayang… abang takkan tinggalkan Maria. Sedih Maria adalah kesedihan abang. Kenapa Maria sanggup simpan kesedihan sorang-sorang tanpa beritahu abang tentang ini? Abang bersimpati dengan Maria..abang takkan biarkan Maria terluka semata-mata untuk kepentingan diri abang seorang. Maria, ujian ini bukan saja untuk Maria, tapi untuk abang juga. Allah sedang menguji keikhlasan kita meyakiniNya Maria. Kita sentiasa layak diuji, kerana kita adalah HambaNya. Ingatlah, Dia bersama kita. Insyallah, kita sama-sama berusaha dan berdoa. Yang penting, Maria jalani dulu rawatannya.Abang yakin Allah pasti akan memberikan penyelesaian,”
” Tapi, harapannya sangat ti…,” cepat Hakimi meletakkan telunjuknya di bibir Maria.
“Maria sayang, yakinlah yang Allah pasti akan membantu kita. Kita sama-sama berusaha dan berdoa ya sayang,” Pinggang suaminya dirangkul erat. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan suami sepertinya.
* * * * * * * * * * * *
“Abang, tahun ni kita pergi umrah lagi, nak tak? Maria betul rindukan untuk pergi lagi. Tahun ni kita bawa Ainul pergi sekali,” Ainul Mardhiyah. Itulah nama cahaya mata penyeri hati mereka. Anak angkat yang diambilnya semasa selepas kanak-kanak itu kematian ibunya. Ibu Ainul ialah pesakit Maria, menghidap kanser yang tidak dapat diselamatkan lagi.
“Insyallah. Niat abang pun begitu. tapi kalau ikutkan kita pun baru saja pergi. Tak sampai enam bulan pun lagi. Abang senang je kot cuti…Maria la takut susah. Dah la abang tengok Maria selalu letih-letih tak sihat badan. Tak apa ke?,”
“Entahlah.. lepas beberapa bulan balik dari umrah hari itu, Maria jadi kuat makan, tapi Maria cepat letih..Maria pun tak tahu kenapa,” Dia mula berfikir tentang penyakit rahimnya itu.Ada ke kaitan dengan masalah kitaran haidnya tidak menentu itu?Atau mungkin disebabkan side effect ubat yang diambil kerana penyakitnya?
Lantas, sekali lagi dia mengaturkan pertemuan dengan Dr Muhd. “Tahniah Dr Maria, awak disahkan mengandung tiga bulan. Setakat ni, alhamdulillah..I think your endometriosis didn’t complicate anything yet to your baby. Your baby looked healthy. Cuma awak perlu datang untuk check up selalu untuk pastikan kandungan awak selamat.,” kata-kata Dr Muhd itu menyebabkan dia tergamam.
Terkejut bercampur gembira. “Subhanallah! Apakah ini benar-benar anugerah istimewa dariMu buat kami ya Allah. Syukur alhamdulillah,” Air mata syukurnya jatuh membasahi pipi. Doanya dan suami sehari-hari dimakbulkan. Doanya dan suami di Hijr Ismail lepas benar-benar kini didengari Tuhan.
Subhanallah! Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua, termasuk Abang Long yang kini menetap di Sarawak bersama isteri. Semestinya, suaminya Hakimi adalah orang pertama dikhabarkan tentang cahaya mata yang dihadiahkan Allah melaluinya. Terima kasih Allah, kerana mengurniakan cahaya mata dari kami..
Terima kasih Allah kerana mengurniakan suami yang soleh yang akan terus kucintai Maha suci Allah yang selalu menepati janji, mengajarku erti kebahagiaan hidup bersama ujian,dengan bertuhankanMu ya Rabbi.

kisah cinta:Naim si budak agama

Kisah Cinta:Naim si Budak Agama
Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu ...sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.
Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.
Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.
Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”
Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.
Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.
Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa
Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.


p/s sedangkan mereka yang kuat agama pun boleh terpedaya dengan pujuk rayu syaitan..apatah lagi kita yang hanya mempunyai iman senipis kulit bawang..ingatlah kekawan ..DIA senantiasa bersama dengan kita