Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.
Terus mendada sambil berkata,
"Tiada insan setanding saya",
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.
Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.
Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.
Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.
Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada Pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.
Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium Syurga.
sajak kat atas ni saya ambil daripada artikel di iluvislam..kalau kita lihat dengan mendalam..memang betul kan..kita tak perlu jadi pelakon..kerana kita memang sudah menjadi pelakon..dan ALLAH adalah pengarahnya..dia telah merancang segala-galanya untuk kita sejak dari dahulu lagi..namun..kata-kata di atas membuatkan saya sedar..hidup kita kat dunia ni..bukan panjang mana pun..pejam celik pejam celik..kita dah ada kat dalam sebuah kotak kayu yang bernama keranda..diciptakan manusia daripada tanah..kemudian..manusia kembali kepada asalnya juga iaitu tanah..tapi saya takut..kenapa??sebab dalam zaman serba moden ni..kita semakin lama semakin lupa..semakin lupa kepada takdir kita bahawa pada suatu hari kita akan mati..pada suatu hari akan adanya penghisaban bagi segala amalan kita..apabila sampai detik itu..apa yang mampu kita lakukan lagi??menyesal??merayu??semuanya sudah tak berguna lagi..apabila mulut terkunci,tangan menjadi saksi,kaki menjadi saksi..huh..tak tergambar betapa takutnya diriku pada waktu itu..Justeru itu,ingatlah wahai sahabat juga untuk diriku..janganlah kita sombong kepadaNYA..apa salahnya kalau kita sekurang-kurangnya untuk menunaikan kewajipan kita kepadaNYA iaitu solat lima waktu dalam tempoh 25 minit daripada masa yang diberikan kepada kita iaitu 24 jam..ingatlah..kita hanyalah hambaNYA..jangan butakan mata hatimu dengan kehidupan dunia semata-mata..ingatlah..masih ada lagi dunia yang akan kita tempuhi selepas berahirnya waktu kita di sini..wallahualam..sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan