assalamualaikum semua..ni nak kongsi cerita ni..pasal zombi..haaa..jangan dok ingat pasal zomba a.k.a zombi dalam citer zombi kampung pisang tu pulak..hee..tapi bez kan cerita tu..tu dia..melalut lah pulak dah..ok..nak serius dah ni..hari tu..tak ingat dah bulan berapa..den adalah tengok satu rancangan kat astro ni..almaklumlah astro kan macam-macam ada..tajuk dia den lupa-lupa ingat tapi dia berkaitan dengan zombie ngan hipnotis..hipnotis atau hipnotisis barasal dari perkataan yunani 'hypnos' iaitu lagenda dalam dewa yunani..istilah 'hypnosis' ini diperkenalkan oleh dr.James Braid yang merupakan salah satu daripada peneliti fenomena hipnotis yang berasal dari Inggeris pada abad ke 19..hipnotis juga merupakan salah satu daripada keadaan kesedaran (state of consciousness)manusia..hipnotis ni juga digunakan dalam bidang perubatan..selalunya seseorang individu akan dihipnotis..hipnotis ni akan membuat si pesakit seperti tidur..dan jika sakitnya mengenai memori..dia akan dihipnotiskan kepada waktu di mana memori-memorinya dahulu..dan bila dia bangun nanti..dia akan ingat semula pasal apa yang berlaku dahulu..bukan semua..cuma apabila dia dihipnotis untuk mengingati sesuatu peristiwa dan tarikh tertentu..maka dia cuma akan boleh ingat peristiwa pada hari tersebut..ala..ayat jela-jela pulak...keliru dah..hee..oklah..balik pada topik asal..nak diceritakan pulak..dulu..ada seorang lelaki ni..nama dia dah lupa..dia dah meninggal..siap ada tarikh lagi kat hospital..bila dia meninggal..selepas beberapa tahun tu..satu kampung di kejutkan dengan kedatangan lelaki tu balik..dorang semua pelik..sedangkan ada bukti kat hospital..lelaki tu dah meninggal..siap ada lagi saksi yang lihat lelaki tu dah dikebumikan..jadi apa sebenarnya yang berlaku??haha..ni cerita pasal kat negara mana den pun dah lupa..tapi korang tahu tak vodoo??ni bahaya ni..vodoo ini adalah satu kumpulan mistik yang menyembah syaitan dan mempraktikkan sihir yang berasal daripada afrika..ha..tu dia..orang tu kononya bergaduh dengan seorang pawang..pawang tu pun kenakan dia vodoo..pastu hipnotis dia sampai pada satu waktu..dia akan bangun sendiri..tu lah yang jadi pada orang tu..selama 10 tahun orang tu dia pergi menjadi hamba pawang tu pastu dia balik semua ke kampungnya..dia melarikan diri daripada menjadi hamba pawang tu..tu lah pasal..sekarang sebut jer pasal vodoo orang semua pun tahu..tapi tak tahu apa maksudnya vodoo tu..berkenaan denga peristiwa lelaki tu..den pun tak tahu nak percaya ke tidak..segala semua yang terjadi..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..den sekadar kongsikan cerita pada korang..sekurang-kurangnya ada jugak kita tahu pasal citer ni..ada lagi sambungan pasal lelaki hidup semula..tapi pada bicara kita yang seterusnya..bab lain pulak ..hee..sekian..
Dan pada sisi ALLAH lah kunci-kunci perbendaharaan perkara yang ghaib..tidak ada syang mengetahuinya kecuali DIA..dan DIA yang mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun gugur melainkan DIA megetahuinya(pula)dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering,melainkan tertulis dalam kitab yang nyata(luh mahfuz)..
al.an'aam:59
Tiada ulasan:
Catat Ulasan