"Fiq..cuba ko nampak muka si syida tu..asyik monyok jer..bukan jenis monyok yang sedih punya..tapi monyok dia tu macam marah jer..ish..takut aku tengok dia tu.."
"Ha..tu lah..hari tu aku ajak dia sembang ngan aku..fuhhh..suara dia..macam bukan suara perempuan..lembut pun x ..merdu pun tak..cara ko cakap ni pun aq rasa lagi bagus dari dia..cara dia cakap asyik serius jer..tak da mood aku terus kalau nak sembang ngan dia"
"Ha..korang..ngumpat pasal syida hah..amboi..ko kata suara kawan aku tu nyaring lah yer..weii..korang..tahu tak sapa pemenang hafazan peringkat antarabangsa tahun ni kalau bukan syida..tu..yang selalu tulis lawak-lawak kat belakang majalah tahunan kita tu..sapa lagi kalau bukan syida.."ujar Nora kepada dua sahabatnya itu...
"Dah tu..napa dia asyik serius jer kat kitaorang..ish..sampai nampak jer muka dia..terus aq ngantuk boring..muka cun..tapi..hampehhh.."
Nora hanya tersenyum kecil..hanya dia yang tahu mengapa syida bersifat demikian..
assalamualaikum kawan-kawan sekalian..haa..bedasarkan cerita di atas..apa yang korang boleh simpulkan??hee..bedasarkan cerita di atas..syida merupakan seorang yang paling tidak disukai di kalangan kawan-kawan lelakinya..kerana syida asyik-asyik bersifat dingin dan serius dengan mereka..tetapi di dalam kalangan rakan-rakan perempuan pulak...syida merupakan orang yang paling disenangi..ramah dan tidak sombong..nak tahu kenapa syida bertindak sedemikian..kerana dia ingin menjadikan dirinya seorang wanita yang mahal..dia hanya berurusan dengan lelaki hanya jika ada urusan yang penting yang perlu dia uruskan bersama-sama mereka..dia juga menegaskan suaranya apabila dia bersama-sama dengan kawan lelakinya..sebab apa??suara juga merupakan sebahagian daripada aurat perempuan..percaya atau tidak..suara seorang perempuan yang lembut juga boleh mencairkan hati seseorang lelaki..kawan-kawan sekalian..biarlah adam tidak suka kepada diri kita kerana apa yang kita cuba perjuangkan..bimbang tidak ada jodoh??jangan risau..setiap di antara kita telah diciptakan berpasang-pasangan olehnya..cuba yang membezakan jodoh kita adalah masa..dan seorang lelaki yang baik..dia akan memahami apa yang kamu cuba perjuangkan..kejarlah cinta dariNya sebelum mengejar cinta dari manusia..sekian
“Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya.” (Surah Al-Ahzab, 33)
pesanan dari Saidatina Aisyah R.A
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan